Blogroll

Monday, April 23

betapa beruntungnya aku

animnme86

hari ini adalah kali yang kedua bawa adik pergi mengurut...
untuk mendapatkan giliran yang pertama, kami bergerak awal dan menanti hampir sejam untuk giliran itu.
Alhamdulillah, kami orang pertama..
(bawa auto kn...laju jee tapi selaju aku menunggang motor)

pelik, saat jarum menunjukkan 9.30am mash tak ramai....
bila hampir jam 10 am ayah pun muncul sebab ayh dperlukan untuk "tarik" adik...
(aku tak kuat..... :(( .....) 
berapa minit lepas tu ada seorang makcik menunggang motor membonceng seorang lelaki (mungkin suaminya) bertongkat, yang sama-sama datang untuk mengurut...
kami bersalaman ...
(emak ckp orang2 yang datang mengurut tu sudha seperti  keluarga. ada satu pasangan dh 4 bulan berurut kat situ. mereka ulang alik BANGI-MELAKA..jauh.. tapi xpe mereka mampu dan ada kereta)


berbalik pada cerita tadi

masa berborak, makcik tu baru pertama kali datang situ...
makcik tu cakap dia datang semalam (ahad),
tapi makcik tu tak tahu ahad pak cik tu tak mengurut...
yang buat saya sayu...
dia datang dari MUAR...
dan terpaksa bercuti untuk merawat suaminya (mungkin) dengan menunggang motor
sepertinya mereka dari keluarga yang kurang mampu...
 dua kali datang tapi tak ada rezeki mak cik tu...
hari ini pn pakcik tak mengurut sebab pakcik tu tak sihat..
kesian sangat....

betapa beruntungnya aku, ada kemudahan...
ada kekuatan untuk bawa kereta..
tanpa terkena ujan dan panas..

semoga Allah permudahkan urusan makcik tu dan dimurahkan rezeki keluarga mereka..
moga pakcik tu cepat sembuh....


(sayu tengok muka makcik tu, baru berapa minit sampai dari MUAR,
 n diberitahu tak ada mengurut hari ni..)


*muka nya kelihatan letih...*

moga Allah selamatkan perjalanan mereka pergi dan balik
banyak pahala makcik tu...(insyaAllah)
bertuahnya dia...


Ya Allah aku bersyukur pada-Mu atas rezeki dan kemudahan yg Engkau berikan....
='((


aku hanya manusia yang terkadag melakukan kesilapan
kadang2 terlupa untuk bersyukur dengan apa yang ada...
terima kasih Ya Allah kerana Engkau masih 'menggerakkan' hati hambaMU yang hina ini 

:''(






situasi yang mudah,
akan tetapi memberi kesan yg amat berharga


Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment