Blogroll

Friday, December 16

hati ku bersedih lagi

Astarghfirullah...beristighfar aku banyak kali. kenapa keadaan semakin teruk?? 

siapa yang tak sedih bila kawan baik sendiri dikutuk dan diperlakukan sebegitu rupa.
mereka hanya menunding jari dan menyalahkan orang lain tanpa mengambil kira perkara sebenar
memang tak salah andai engkau membencinya, kerana
 bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang
bukan mudah untuk berada di atas
bukan mudah untuk mengemudi sesuatu 
bukan mudah untuk melayan kerenah orang
bukan mudah untuk semua orang menyukai kita

Ya Allah kuatkan lah hati hamba-hamba Mu ini...

aku tahu apa yang dia maksudkan
aku tahu kenapa dia berkata begitu
aku tahu...

tetapi ia sudah disalah ertikan
sudah di salah tafsirkan

andai mereka mengajukan perkara ini
aku tidak akan berdiam diri
aku nekad
aku tahu kesabaran itu memang tiada had dan tahap nya
tapi aku hanya lah manusia biasa
yang kadang kala tidak bisa mengawal emosi
 aku nekad
aku akan meluahkan apa yang aku rasa
apa yang dalam benak aku
apa yang tersimpan selama ini

andai air mata mengalir
itu adalah kerana keberanian
itu adalah kerana kejujuran
itu adalah kerana persahabatan
itu adalah kerana aku mempunyai hati dan perasaan

biarkan mereka ingin berkata apa..
itu hak mereka
aku tidak akan menghalang

tetapi aku akan cuba menenangkan hati
aku akan cuba menahan kesabaran
aku akan cuba sedaya upaya

Ya Allah aku memohon yang terbaik daripada Mu
Ya Allah berikanlah aku petunjuk Mu
Ya Allah kuatkanlah hati hamba Mu yang hina ini

=''(


hati ku bersedih  lagi
i need to be more stronger

Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment