Blogroll

Wednesday, October 12

Petua Murah Rezeki


Dato' Dr Fadzilah Kamsah pernah berkata....
"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada ibu bapamu (tak kira masih hidup ataupun yang telah tiada)"...nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.."


Berdasarkan Hadith Nabi :

 "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith :

  • jangan sesekali meninggalakan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa keada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh sungguh....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Kesimpulannaya :




  • BAgi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsg nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal....insyaAllah, rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)...MAri kita cuba...Allahuakbar...Insya Allah :)

Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment