kelmarin ayah ada menceritakan tentang ceramah yang dia dengar kat surau.
Ustadz (kurang pasti name dia) tu cakap tentang isu yang hangat diperkatakan sekarang
wanita yang mendapat bantuan dari pihak gereja untuk meseruskan kehidupan dia.
Saya tak nak mengulas lah ape yg wanita berkenaan cakap, kalau nak tau boleh click. Atau anda boleh pergi mana-mana link yang ada.
Masa saya dengar ayh cerita tu, sy rasa terpukul juga, ye la saya bukannya org yang baik-baik.
Saya hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.
Ustadz tu cakap, kita sebagai umat Islam ni, ada tak menyumbangkan apa dalam hidup ni???
Jangan hanya nak menyalahkan sesuatu pihak saja.
Ustadz tu mengulas tentang orang-orang yang minta sedekah time kita makan ke kat pasar ke.
kat mana-mana je la..
ini juga untuk anak-anak yatim yang bawa kalender @ buku yang meminta kita beli dan dsumbangkan ke rmh anak2 yatim.
Dia cakap kita ni,orang tu xsampai n tak berkata apa2-apa lagi kita dah cakap tak nak atau halau dia.
Dia belum berkata apa pon.
Ustadz tu kata lagi sebaik-baiknya, even tak nak beli apa yang dia bawa tu (xksh la tisu ke buku ke kalender ke) at least kita sediakan wang atas kemampuan kita untuk dia mkn.
walaupun rm1@50sen ke.
Sekurang-kurangnya terlepas tanggungjawab kita untuk sedekah atau tolong mereka.
Kalau mereka nak tipu kita, itu terpulang. Itu diantara dia dengan Allah s.w.t.
Kalau ada yang datang jual kerepek, kita tak beli pon tak mengapa, tapi kita bg untuk diri dia sendiri je.
Itu sudah memadai.
Kita sebagai umat Islam hanya perlu membantu dan mengikhlaskan diri.
InsyaAllah dengan hati yang ikhlas Allah swt akan bagi ganjarannya.
InsyaAllah amin :)
Ustadz tu ada cakap juga. nak bagi tu tak kisah la ape warna kulit dia. Hitam ke coklat ke putih ke perang ke. yela sbb sekarang ni dah macam-macam org kn yang mnta sedekah.
Sebagai contoh di Seksyen 2 Shah Alam. Dekat medan selera.
Sesuatu masalah itu berpunca dari manusia sendiri.
Wallahu'alam
maaf sekiranya ada yang tersalah ayt@tulis
ini juga adalah peringatan buat sy
InsyaAllah sy akn cube ubh n
ia juga bergantung kpd kemampuan sy.
entry ni hanya utk kesedran diri sy sndr
dan mungkin jga buat anda
tQ :)

No comments:
Post a Comment